5/24/2014

MAJLIS PENUTUP PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

24 Mei 2014: Dewan Perdana Putra

Majlis perasmian penutup
Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014 disempurnakan oleh Tuan Haji Kamarudin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor di Dewan Perdana Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, Kulaijaya.

Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir
Ketua Unit Kokurikulum,
Jabatan Pendidikan Johor
Dalam ucapan beliau, kegiatan silat bukan sahaja bergerak aktif dalam kalangan masyarakat Melayu di kampung malah diterima sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah menengah dan rendah seluruh negara.
 Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta silat yang telah berjaya dan akan mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor. Syabas kepada semua pesilat walau pun belum berjaya, tingkatkanlah usaha untuk menjadi wakil setiap daerah masing-masing, paling tidak sudah mempunyai ilmu serta kemahiran silat dan hendaklah dikembangkan di peringkat yang lebih luas lagi.

Turut hadir dalam majlis penutupan itu ialah Azman Adnan, pengetua SMK Bandar Putra, Johan Mohd Nasir, Penyelia Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Daerah Kulai.

Ketua Kontinjen Johor Bahru, Letchumy a/p Munusamy

Johan keseluruhan, Johor Bahru

Johan keseluruhan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014 disandang oleh Kontinjen Silat Seni Johor Bahru, apabila berjaya membawa pulang 10 Emas dan 3 Perak. Wan Mohamad Faisal Wan Ramli, Noraini Saadon, pengurus dan penolongnya tersangat gembira di atas pencapaian anak buahnya. Turut sama berkongsi kejayaan cemerlang ini ialah Mohd Shukry Mohd Rasid, sebagai jurulatih lelaki, Hajjah Nani Rahayu Abd Kader, jurulatih perempuan dan jurulatih muzik, Zurina Jaafar, Zainudin Omar, Pengerusi Teknik, Mohd Khaeirul Anuar Seman dan Mohd Najib Hashim selaku juri.

Penyerahan Keris daripada Tuan Hj Kamarudin Md Tahir
Penutup Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014

JK DOKUMENTASI DAN PELAPORAN

Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) Kulai mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014.

Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 di SM Sains, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada 8 hingga 12 Jun 2014.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sebagai penganjur dan tuan rumah pertandingan tahun ini.

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014
Di SM Sains, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tarikh : 8-12 Jun 2014.