Majlis perasmian penutup |
Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Johor |
Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta silat yang telah berjaya dan akan mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor. Syabas kepada semua pesilat walau pun belum berjaya, tingkatkanlah usaha untuk menjadi wakil setiap daerah masing-masing, paling tidak sudah mempunyai ilmu serta kemahiran silat dan hendaklah dikembangkan di peringkat yang lebih luas lagi.
Turut hadir dalam majlis penutupan itu ialah Azman Adnan, pengetua SMK Bandar Putra, Johan Mohd Nasir, Penyelia Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Daerah Kulai.
Ketua Kontinjen Johor Bahru, Letchumy a/p Munusamy
Johan keseluruhan, Johor Bahru
|
Johan keseluruhan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014 disandang oleh Kontinjen Silat Seni Johor Bahru, apabila berjaya membawa pulang 10 Emas dan 3 Perak. Wan Mohamad Faisal Wan Ramli, Noraini Saadon, pengurus dan penolongnya tersangat gembira di atas pencapaian anak buahnya. Turut sama berkongsi kejayaan cemerlang ini ialah Mohd Shukry Mohd Rasid, sebagai jurulatih lelaki, Hajjah Nani Rahayu Abd Kader, jurulatih perempuan dan jurulatih muzik, Zurina Jaafar, Zainudin Omar, Pengerusi Teknik, Mohd Khaeirul Anuar Seman dan Mohd Najib Hashim selaku juri.
Penyerahan Keris daripada Tuan Hj Kamarudin Md Tahir Penutup Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014 |
Tahniah kepada kontinjen Johor Bahru.
ReplyDelete