15 Mei 2014 : SMK Bandar Putra
|
Ketua Unit Kokurikulum, Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir |
Ketua Unit Kokurikulum JPNJ, Tuan Haji Kamarudin Mohd Tahir mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai kerana menerima tugas dan tanggungjawab untuk mengelolakan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Negeri Johor 2014 buat kali kedua diadakan di daerah ini.
Terima kasih juga kepada Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra dan semua jawatankuasa yang telah dilantik. Turut hadir dalam mesyuarat buat kali kedua hari ini ialah Penyelia Kokurikulum Negeri, Rosli Tumiran, semua penyelia kokurikulum daerah dan jawatankuasa pengelola sekolah-sekolah daerah Kulaijaya.
|
Barisan Penyelia Kokurikulum Daerah-daerah
Jawatankuasa Pengelola Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya
|