WASIT JURI

Muat turun :
1. JADUAL BERTUGAS JURI PERTANDINGAN
Hari Pertama- Penyerahan Keris Kuasa



Terima Keris Kuasa






Ikrar Juri di hadapan Ketua Juri


Ikrar Juri





RUJUKAN : PERATURAN PERTANDINGAN


KATEGORI I : SENI TARI SILAT
3.1.1         Apabila giliran dipanggil, pesilat berdiri di tepi gelanggang di sudut yang    ditetapkan dan memberi hormat.
3.1.2           Kemudian terus melangkah masuk dengan kaki kanan ke tengah gelanggang (tanpa iringan muzik), memberi hormat kepada Ketua Pertandingan,  juri  di sebelah kanan, belakang dan kiri. Kemudian terus menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan dalam keadaan berdiri atau bertekuk lutut.
3.1.3              Apabila Ketua Pertandingan memberi arahan “mulai” pesilat hendaklah terlebih dahulu membuka langkah sembah atau salam perguruannya dalam tempoh 10-15 saat . Selepas sahaja selesai mempersembahnkan salam perguruannya, pesilat dikehendaki melakukan sekurang-kurang 3 pola langkah sebelum memulakan pergerakan-pergerakan yang lain.
3.1.4         Pada setiap babak, pesilat dikehendaki melakukan gerak tari silat sekurang-kurangnya 3 pola langkah sebelum memulakan pergerakan-pergerakan lain.
3.1.5              Pada masa 2 minit 50 saat, pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sekali sebagai peringatan.
3.1.6               Pada minit ke 3 pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sebanyak 2 kali bagi menandakan masa persembahan tamat.
3.1.7             Setelah tamat persembahan, pesilat hendaklah kembali ke tengah gelanggang. Memberi hormat kepada Ketua Pertandingan dan   mengundur tiga langkah kebelakang dan   hormat sekali lagi, barulah terus keluar dari gelanggang dengan melangkah kaki kiri pada sudut yang ditetapkan.

3.2       KATEGORI II            :           SENI TEMPUR SILAT

3..2.1          Apabila giliran dipanggil, pesilat berdiri di tepi gelanggang di satu sudut yang ditetapkan dan memberi hormat. Pesilat tidak dibenarkan berada di dua sudut yang berlainan.
3.2.2           Kemudian terus melangkah masuk dengan kaki kanan ke tengah gelanggang (tanpa iringan muzik), memberi hormat kepada Ketua Pertandingan,  juri  di sebelah kanan, belakang dan kiri. Kemudian terus menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan. Semasa menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan, kedua-dua pesilat dibenarkan berada dalam posisi berdiri , bertekuk lutut dan saling mengadap pasangan atau mengadap Ketua Pertandingan.
3.2.3              Apabila Ketua Pertandingan memberi arahan “mulai” pesilat hendaklah terlebih dahulu membuka langkah sembah atau salam perguruannya dalam tempoh 10-15 saat . Selepas sahaja selesai mempersembahkan salam perguruannya, pesilat dikehendaki melakukan sekurang-kurang 3 pola langkah sebelum memulakan pergerakan-pergerakan yang lain.
3.2.4            Pada setiap babak, pesilat dikehendaki melakukan sekurang-kurangnya 3 pola langkah sebelum memulakan pergerakan-pergerakan lain.
3.2.5            Pada masa 2 minit 50 saat, pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sekali sebagai peringatan.
3.2.6             Pada minit ke 3 pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sebanyak 2 kali bagi menandakan masa persembahan tamat.
3.2.7        Setelah tamat persembahan, kedua-dua pesilat hendaklah kembali ke tengah gelanggang. Memberi hormat kepada Ketua Pertandingan dan   mengundur tiga langkah kebelakang dan   hormat sekali lagi, barulah terus keluar dari gelanggang dengan melangkah kaki kiri pada sudut yang ditetapkan.

3.3       KATEGORI III           :           SENI JURUS SILAT
3.3.1           Apabila giliran dipanggil, pesilat berdiri di tepi gelanggang di satu sudut yang ditetapkan dan memberi hormat. Pesilat tidak dibenarkan berada di sudut yang berlainan.
3.3.2          Kemudian terus melangkah masuk dengan kaki kanan ke tengah gelanggang (tanpa iringan muzik) dengan posisi seorang dihadapan dan 3 orang dibelakang, memberi hormat kepada Ketua Pertandingan,  juri  di sebelah kanan, belakang dan kiri. Kemudian terus menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan. Semasa menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan, pesilat dibenarkan berada dalam posisi berdiri atau bertekuk lutut.
3.3.3              Apabila Ketua Pertandingan memberi arahan “mulai” pesilat hendaklah terlebih dahulu membuka langkah sembah atau salam perguruannya dalam tempoh 10-15 saat . Selepas sahaja selesai mempersembahkan salam perguruannya, pesilat dikehendaki melakukan sekurang-kurang 3 pola langkah sebelum memulakan pergerakan-pergerakan yang lain.
3.3.4             Pada masa 2 minit 50 saat, pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sekali sebagai peringatan.
3.3.5              Pada minit ke 3 pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sebanyak 2 kali bagi menandakan masa persembahan tamat.
3.3.6               Setelah tamat persembahan, kesemua pesilat hendaklah kembali ke tengah                               gelanggang dalam posisi seorang dihadapan dan 3 orang dibelakang. Memberi                           hormat kepada Ketua Pertandingan dan   mengundur tiga langkah kebelakang                          dan   hormat sekali lagi, barulah terus keluar dari gelanggang dengan                                          melangkah kaki kiri pada sudut yang ditetapkan.



Barisan Juri Silat Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Johor

2 comments:

  1. Tahniah utk johor.

    ReplyDelete
  2. Johor juga mencapai kejayaan gemilang kerana menjadi Johan Keseluruhan Pertandingan Silat Seni Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014.

    sila kunjungi : http://silatjohor.blogspot.com

    ReplyDelete

JK DOKUMENTASI DAN PELAPORAN

Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) Kulai mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014.

Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 di SM Sains, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada 8 hingga 12 Jun 2014.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sebagai penganjur dan tuan rumah pertandingan tahun ini.

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014
Di SM Sains, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tarikh : 8-12 Jun 2014.