5/24/2014

MAJLIS PENUTUP PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

24 Mei 2014: Dewan Perdana Putra

Majlis perasmian penutup
Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014 disempurnakan oleh Tuan Haji Kamarudin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor di Dewan Perdana Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, Kulaijaya.

Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir
Ketua Unit Kokurikulum,
Jabatan Pendidikan Johor
Dalam ucapan beliau, kegiatan silat bukan sahaja bergerak aktif dalam kalangan masyarakat Melayu di kampung malah diterima sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah menengah dan rendah seluruh negara.
 Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta silat yang telah berjaya dan akan mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor. Syabas kepada semua pesilat walau pun belum berjaya, tingkatkanlah usaha untuk menjadi wakil setiap daerah masing-masing, paling tidak sudah mempunyai ilmu serta kemahiran silat dan hendaklah dikembangkan di peringkat yang lebih luas lagi.

Turut hadir dalam majlis penutupan itu ialah Azman Adnan, pengetua SMK Bandar Putra, Johan Mohd Nasir, Penyelia Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Daerah Kulai.

Ketua Kontinjen Johor Bahru, Letchumy a/p Munusamy

Johan keseluruhan, Johor Bahru

Johan keseluruhan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014 disandang oleh Kontinjen Silat Seni Johor Bahru, apabila berjaya membawa pulang 10 Emas dan 3 Perak. Wan Mohamad Faisal Wan Ramli, Noraini Saadon, pengurus dan penolongnya tersangat gembira di atas pencapaian anak buahnya. Turut sama berkongsi kejayaan cemerlang ini ialah Mohd Shukry Mohd Rasid, sebagai jurulatih lelaki, Hajjah Nani Rahayu Abd Kader, jurulatih perempuan dan jurulatih muzik, Zurina Jaafar, Zainudin Omar, Pengerusi Teknik, Mohd Khaeirul Anuar Seman dan Mohd Najib Hashim selaku juri.

Penyerahan Keris daripada Tuan Hj Kamarudin Md Tahir
Penutup Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014

SENI TEMPUR SILAT MENDAPAT TUMPUAN UTAMA SEPANJANG PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

24 Mei 2014 : Dewan Perdana Putra, SMK Bandar Putra, Kulaijaya
Taklimat pengurus pasukan dikendalikan oleh
Ustaz Johari Shuhadak
TENTATIF HARI KETIGA
8.00 pagi                              : Pertandingan disambung semula
                                                  - Seni Jurus Puteri Sekolah Rendah
9.00 pagi                              : Pertandingan diteruskan
                                                  - Seni Jurus Silat Puteri Sekolah Menengah
10.00 pagi                            : Rehat
10.30 pagi                            : Pertandingan disambung semula
                                                  - Seni Tempur Silat Putera Sekolah Menengah
11.30 pagi                            : Rehat
2.00 petang                        : Upacara Penutupan
                                                  - Nyanyian Lagu Bangsa Johor
                                                  - Bacaan doa
                                                  - Persembahan Multimedia
                                                  - Ucapan alu-aluan dan perasmian penutupan oleh JPN
                                                  - Penyampaian hadiah
                                                  - Penyerahan keris kuasa
                                                  - Penyampaian cenderamata kepada PPD Kulai
                                                  - Persembahan juara-juara
                                                  - Penutupan gelanggang
                                                  - Nyanyian Lagu Negaraku
                                                  - Jamuan dan bersurai


SENI TEMPUR SILAT & PERATURAN
           3.2.1 Apabila giliran dipanggil, pesilat berdiri di tepi gelanggang di satu sudut yang   ditetapkan dan memberi hormat. Pesilat tidak dibenarkan berada di dua sudut yang berlainan.
          3.2.2   Kemudian terus melangkah masuk dengan kaki kanan ke tengah gelanggang (tanpa iringan muzik), memberi hormat kepada Ketua Pertandingan,  juri  di sebelah kanan, belakang dan kiri. Kemudian terus menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan. Semasa menunggu arahan daripada Ketua Pertandingan, kedua-dua pesilat dibenarkan berada dalam posisi berdiri , bertekuk lutut dan saling mengadap pasangan atau mengadap Ketua Pertandingan.
              3.2.3   Apabila Ketua Pertandingan memberi arahan “mulai” pesilat hendaklah terlebih dahulu membuka langkah sembah atau salam perguruannya dalam tempoh 10-15 saat . Selepas sahaja selesai mempersembahkan salam perguruannya, pesilat dikehendaki melakukan sekurang-kurang 3 pola langkah sebelum memulakan pergerakan-pergerakan yang lain.
             3.2.4   Pada setiap babak, pesilat dikehendaki melakukan sekurang-kurangnya 3 pola langkah sebelum memulakan pergerakan-pergerakan lain.
             3.2.5   Pada masa 2 minit 50 saat, pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sekali sebagai peringatan.
         3.2.6   Pada minit ke 3 pengamat waktu akan membunyikan wisel atau gong sebanyak 2 kali bagi menandakan masa persembahan tamat.

 3.2.7 Setelah tamat persembahan, kedua-dua pesilat hendaklah kembali ke tengah gelanggang. Memberi hormat kepada Ketua Pertandingan dan   mengundur tiga langkah kebelakang dan   hormat sekali lagi, barulah terus keluar dari gelanggang dengan melangkah kaki kiri pada sudut yang ditetapkan.
Seni Tempur Silat (SM- Putera)
Kota Tinggi, Juara  Seni Tempur Silat Puteri (SM)

Johor Bahru, Juara  Seni Tempur Silat Putera (SM)

Johor Bahru, Juara  Seni Tempur Silat Putera (SR)

Johor Bahru, Juara  Seni Tempur Silat PuterI (SR)


SENI TARI DAN SENI JURUS SILAT SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DIPERTANDINGKAN PADA HARI KEDUA

23 Mei 2014:
Peserta Seni Jurus Silat Puteri




Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Johor 2014 pada hari kedua hari ini berjalan lancar sehingga lewat petang di mana semua kontinjen mempamerkan persembahan yang mantap serta penuh bertenaga dengan iringan muzik seni persilatan.
Pengerusi Teknik Silat Negeri (tengah) diapit oleh
Mohd Najib Hashim dan Mohd Khaerul Anur Seman
Ustaz Johari Shuhadak, Pengerusi Teknik Silat Negeri selaku setiausaha pertandingan ditemui berkata, sebanyak dua ketegori telah dipertandingkan pada sesi pagi iaitu Seni Tari Putera (SM) dan Seni Tari Putera (SR) manakala, Seni Jurus Silat Putera (SM) dan Seni Jurus Silat Puteri (SR) dijalankan di sebelah petang.


Kumpulan Muzik Silat
Kumpulan pemuzik silat mestilah tidak melebihi daripada lima orang peserta kesemuanya. Mereka memainkan alat muzik tradisional yang wajib iaitu Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong serta dibenarkan untuk menggunakan alat lain yang tidak boleh melebehi tujuh jenis alat muzik tradisional.

Setiausaha pertandingan menambah, penilaian markah akan diberikan berdasarkan kepada kategori persembahan yang menggunakan kaedah pencak silat sahaja iaitu kategori pertama (seni tari silat) dan kategori ketiga (seni jurus silat), di mana agihan markahnya ialah 50 peratus untuk Wiraga, 20 untuk Wirama dan 30 peratus lagi untuk bahagian lain.

Bagi kategori kedua (seni tempur), markah diberikan kepada beberapa pecahan iaitu teknik serang membawa 40 markah, kekayaan teknik 20, ketangkasan dan ketepatan 20, daya tahan dan pernafasan 10 dan tertib bersopan santun 10 markah. 

5/23/2014

ISTIADAT PENYERAHAN KERIS PADA HARI PEMBUKAAN PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH JOHOR 2014

22 Mei 2014: Dewan Perdana Putra, SMK Bandar Putra, Kulaijaya

Penyerahan Keris Kuasa
Foto : Ruzaimi
Istiadat Penyerahan Keris Kuasa adalah satu upacara yang melambangkan penyerahan izin kuasa yang berkaitan istiadat Diraja. Istiadat ini dikaitrapatkan dengan penyerahan kuasa untuk menjalankan tugas atas titah atau perintah Raja. Acara ini diadakan adalah untuk menunjukkan kepada generasi muda khususnya pesilat-pesilat dari kalangan murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah untuk difahami dan dihayati.

Upacara penyerahan Keris Kuasa oleh Mansor Othman, wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kulai kepada Juhari Shuhadak, Pengerusi Teknik Silat Negeri Johor berjalan dalam satu istiadat untuk upacara angkat sumpah para pesilat, pelaksana pertandingan dan wasit juri sebelum Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Johor 2014 di Dewan Perdana Putra, Kulaijaya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah  Abd Ghani Abas, wakil rasmi pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra dan Johan Mohd Nasir, Penyelia Kokurikulum Daerah Kulaijaya. Upacara istiadat ini disaksikan oleh 40 wasit juri, 350 pesilat-pesilat sekolah menengah dan rendah dari daerah-daerah Kulaijaya, Johor Bahru, Kluang, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Mersing, Pasir Gudang dan Kota Tinggi.

Ikrar wasit juri

Ikrar pesilat
Pertandingan diteruskan dengan acara 'buka gelanggang' dan pertandingan Seni Tari Putera dan Puteri kategori sekolah menengah daripada 10 daerah.

Acara 'buka gelanggang' oleh
Guru Ufu Daing Hassan Hj Lamusuk

Gambar kotinjen silat :
5. Pontian
6. Kulaijaya
7. Kota Tinggi
8. Pasir Gudang
9. Muar
10. Segamat

Peristiwa Hari Pertama : 22 Mei 2014
Pengelola Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Johor 2014
Diketuai oleh UStaz Johari Shuhadak, Mohd Najib Hashim,
Mohd Khaeirul Anuar Seman, Rashid Selamat dan JK
Teknikal
Peristiwa Hari Pertama : 22 Mei 2014
Hari pertama Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Johor 2014

5/15/2014

MESYUARAT PENYELARAS PERTANDINGAN SILAT SENI KALI KEDUA 2014

15 Mei 2014 : SMK Bandar Putra
Ketua Unit Kokurikulum, Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir
Ketua Unit Kokurikulum JPNJ, Tuan Haji Kamarudin Mohd Tahir mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai kerana menerima tugas dan tanggungjawab untuk mengelolakan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Negeri Johor 2014 buat kali kedua diadakan di daerah ini.

Terima kasih juga kepada Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra  dan semua jawatankuasa yang telah dilantik. Turut hadir dalam mesyuarat buat kali kedua hari ini ialah Penyelia Kokurikulum Negeri, Rosli Tumiran, semua penyelia kokurikulum daerah dan jawatankuasa pengelola sekolah-sekolah daerah Kulaijaya.

Barisan Penyelia Kokurikulum Daerah-daerah

Jawatankuasa Pengelola
Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya

5/14/2014

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2014

12 Mei 2014 : SMK BandarPutra, Kulaijaya

Johan Mohd Nasir, Penyelia PPD Kulaijaya dan
Ustaz Johari Shuhadak, Pengerusi Teknik Negeri 

Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekoleh Negeri Johor 2014 kali ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, Kulaijaya lebih kurang 5 kilometer dari Pejabat Pendidikan Daerah.

Johan Mohd. Nasir selaku setiausaha Jawatankuasa Pengelola mempengerusikan dan membentangkan Kertas Konsep Pertandingan Silat Sekolah-sekolah Negeri Johor 2014. Turut hadir dalam mesyuarat kali pertama ini ialah Ustaz Johari Shuhadak, Pengerusi Teknik Silat Johor, Rashid Jamian, pembantunya dan Rashid Selamat, Pengerusi Teknik Daerah Kulaijaya.

Ahli-ahli Jawatankuasa Pertandingan

JK DOKUMENTASI DAN PELAPORAN

Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) Kulai mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014.

Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 di SM Sains, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada 8 hingga 12 Jun 2014.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sebagai penganjur dan tuan rumah pertandingan tahun ini.

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014
Di SM Sains, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tarikh : 8-12 Jun 2014.