5/24/2014

SENI TARI DAN SENI JURUS SILAT SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DIPERTANDINGKAN PADA HARI KEDUA

23 Mei 2014:
Peserta Seni Jurus Silat Puteri




Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Johor 2014 pada hari kedua hari ini berjalan lancar sehingga lewat petang di mana semua kontinjen mempamerkan persembahan yang mantap serta penuh bertenaga dengan iringan muzik seni persilatan.
Pengerusi Teknik Silat Negeri (tengah) diapit oleh
Mohd Najib Hashim dan Mohd Khaerul Anur Seman
Ustaz Johari Shuhadak, Pengerusi Teknik Silat Negeri selaku setiausaha pertandingan ditemui berkata, sebanyak dua ketegori telah dipertandingkan pada sesi pagi iaitu Seni Tari Putera (SM) dan Seni Tari Putera (SR) manakala, Seni Jurus Silat Putera (SM) dan Seni Jurus Silat Puteri (SR) dijalankan di sebelah petang.


Kumpulan Muzik Silat
Kumpulan pemuzik silat mestilah tidak melebihi daripada lima orang peserta kesemuanya. Mereka memainkan alat muzik tradisional yang wajib iaitu Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong serta dibenarkan untuk menggunakan alat lain yang tidak boleh melebehi tujuh jenis alat muzik tradisional.

Setiausaha pertandingan menambah, penilaian markah akan diberikan berdasarkan kepada kategori persembahan yang menggunakan kaedah pencak silat sahaja iaitu kategori pertama (seni tari silat) dan kategori ketiga (seni jurus silat), di mana agihan markahnya ialah 50 peratus untuk Wiraga, 20 untuk Wirama dan 30 peratus lagi untuk bahagian lain.

Bagi kategori kedua (seni tempur), markah diberikan kepada beberapa pecahan iaitu teknik serang membawa 40 markah, kekayaan teknik 20, ketangkasan dan ketepatan 20, daya tahan dan pernafasan 10 dan tertib bersopan santun 10 markah. 

No comments:

Post a Comment

JK DOKUMENTASI DAN PELAPORAN

Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) Kulai mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014.

Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 di SM Sains, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada 8 hingga 12 Jun 2014.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sebagai penganjur dan tuan rumah pertandingan tahun ini.

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014
Di SM Sains, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tarikh : 8-12 Jun 2014.