PENDAHULUAN

PERTANDINGAN SILAT SENI
SEKOLAH-SEKOLAH JOHOR 2014
DIKENDALIKAN OLEH
JABATAN PENDIDIKAN DAERAH KULAI

1.0               PENDAHULUAN

1.1
Silat di Malaysia dipercayai berusia 403 tahun di mana pengajaran dan pembelajarannya diwarisi dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini. Sedaya yang boleh, segala keaslian budaya silat seperti cara berpakaian, langkah gerak, istiadat dan lain-lain akan terus dipelihara.

1.2
Pada tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Jabatan Pendidikan Daerah Kulai untuk mengelolakan Pertandingan  Silat Seni Sekolah-Sekolah Johor 2014.


2.0               MATLAMAT

2.1
Untuk menyemai dan mengukuhkan rasa cinta para pelajar terhadap warisan budaya bangsa.
2.2
Untuk melahirkan generasi yang berdikari, bersikap positif, sabar dan berani menghadapi cabaran dan yakin pada diri.
2.3
Menyediakan pelbagai aktiviti silat di sekolah.

3.0               OBJEKTIF

3.1      Menguji tahap pencapaian diri pelajar dalam Kokurikulum Seni Bela Diri serta menguji kemampuan pelajar dalam menghayati seni silat sebagai warisan budaya bangsa.
3.2       Menerapkan nilai-nilai murni melalui falsafah persilatan kepada generasi kini untuk mencapai  aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.3    Untuk menanam semangat kesukanan yang positif, memupuk semangat kerjasama dan toleransi.

4.0        TEMA  
           
4.1       SILAT UNTUK SEMUA
       Tema ini memberi gambaran bahawa melalui silat boleh mendidik dan membentuk
       semangat integrasi kaum dan bangsa dalam negara ini.


5.0        TARIKH KEJOHANAN

5.1       22 hingga 24 Mei 2014

6.0               TEMPAT KEJOHANAN
   


              6.1      Tempat Kejohanan :      SMK Bandar Putra, Kulaijayai, Johor

No comments:

Post a Comment

JK DOKUMENTASI DAN PELAPORAN

Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) Kulai mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014.

Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 di SM Sains, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada 8 hingga 12 Jun 2014.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sebagai penganjur dan tuan rumah pertandingan tahun ini.

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014
Di SM Sains, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tarikh : 8-12 Jun 2014.